Kelas Tutorial Membuat Video Pendek (Tahap 1)
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2018, telah diadakan kelas tutorial membuat video pendek bagi pelajar sekolah rendah yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Kelas ini telah diadakan selama sejam bermula 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Di permulaan, peserta ditunjukkan contoh video pendek dan mereka diajar cara bagaimana untuk menghasilkan video pendek bertajuk ‘Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Karangan’ yang berdurasi antara 1 hingga 2 minit menggunakan Microsoft Powerpoint berpandukan sumber maklumat daripada laman web rasmi PI Kg. Karangan.
Antara manfaat daripada aktiviti ini adalah:
• Melatih peserta supaya berfikiran aktif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan video yang menarik dan berguna.
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan di PI.
• Mencungkil dan mengasah bakat kreativiti dalam diri peserta.
• Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan Microsoft Powerpoint secara lebih praktikal.
• Melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian komputer.
• Memberi lebih kemahiran berkenaan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.
Diharapkan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: